Phaleria macrocarpa
|
Asal: New Guinea, Indonesia.
Nama Lain: Simalakama (Sumatera), Majkota dewa, makuto raja (Jawa),Makuto Rojo, Makuto Ratu, Obat Dewa, Pau (Obat Pusaka), Crown Of God (Inggeris)
Buah Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) adalah pokok malar-hijau yang tebal, membesar dengan baik dalam iklim tropika, merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.
Phaleria Macrocarpa bermakna Mahkota tuhan, sejenis tumbuhan dari keluarga Thymelaeaceae. Nama diberikan kepada buah ini kerana dikatakan ia diturunkan dari langit, hasil dari doa- munajat hambanya dari tuhan kepada manusia. Mahkota Tuhan merupakan tumbuhan asli dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik. Menurut penduduk bandar Wewak pokok Mahkota Dewa hanya sebagai hiasan halaman rumah dan buahnya beracun ketika ditanya manafaat mahkota dewa.
Beberapa abad dahulu benih pokok Mahkota Dewa dibawa dari pulau Papua oleh bomoh-bomoh tradisional Jawa dan menanamnya di kawasan lapang Istana Solo dan Jogyakarta. Pawang dan bomoh menggunakan buah beracun Ini dengan cara tertentu untuk dijadikan sumber penyembuh yang berguna. Ilmu Pengetahuan perubatan ini, tetap menjadi rahsia bersama resepi tertuanya didalam dinding istana di Jawa untuk beberapa generasi sebelum ia tersebar kepada orang ramai. Kaum Jawa merujuk buah ini sebagai 'Makuto Dewo dan tabib Cina menamakan nya 'Pau', dadah warisan (patrimony drug).
Kini tumbuhan ini tidak lagi menjadi harta yang dirahsiakan dalam bulatan bijak merawat. Disebabkan nilai ekonomi dan faedah perubatan, ramai telah mula menanam pokok Mahkota Dewa. Pokok ini mudah tumbuh, tanpa memerlukan sebarang rawatan khas atau pengendalian. Ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan dari 0 - 1000 meter di atas paras laut, boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan mudah menghasilkan bunga yang akhirnya berkembang sebagai buah.
Keseluruhan bahagian dari tumbuhan, biji, buah, daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan. Ia merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan ia selamat untuk digunakan sebagai perubatan tradisional. Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan dibawah matahari. Ambil satu sudu (tidak lebih) isi yang dah diracik dan dikeringkan lalu campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman rendaman. Adalah dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser. Tidak disyorkan kepada wanita hamil mengguna ubat ini kerana boleh mendatangkan kemudaratan keatas janin dalam kandungan.
Mahkota Dewa sering digunakan dalam rawatan perubatan alternatif bagi pelbagai penyakit. Masa penyembuhan berbeza, bergantung kepada berat badan pesakit dan tahap penyakit itu. Satu penyakit kronik seperti kanser memerlukan kira-kira lapan bulan penyembuhan dengan dos pengambilan sebanyak dua sudu isi kering yang sudah diracik kedalam segelas air panas. Jika keadaan penyakit menunjukkan tanda-tanda penyembuhan maka dos pengambilan dikurangkan.
Mahkota Dewa turut dipercayai dapat menyembuh penyakit-penyakit lain dan penyakit bersangkutan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, mati pucuk, insomnia, selsema, sakit sendi, alahan, penyakit jantung, aduan pundi kencing, asid urik dan masalah hati. Walau bagaimanapun, penggunaan perubatan tradisional ini harus dirunding terlebih dahulu dengan pakar herba.
Biji buah Mahkota Dewa Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarn coklat, bahagian dalam berwarna putih.
Buah mahkota dewa mengandungi beberapa bahan aktif seperti:
1) Alkaloid – bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh.
2) Saponin yang bermanfaat sebagai:
a) sumber anti bakteria dan anti virus
b) meningkatkan sistem imun tubuh
c) mengurangkan kadar gula dalam darah
d) mengurangkan penggumpalan darah
3) Flavonoid yang mampu:
a. melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya kesumbatan pada pembuluh darah
b. mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
c. mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari
d. mengandung antiinflamasi (antiradang)
e. berfungsi sebagai anti-oksidan
f. membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan
Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser & Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal
Sifat & Khasiat
1. Kulit Buah dan Daging Buah :
mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.
Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.
Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.
Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat,
Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.
Kaedah Menggunakan Mahkota Dewa
a. Teknik Rebusan
Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh digunakan.
Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.
b. Teknik Rendam
Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.
Waktu Minum
Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.
Kekerapan Meminum
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.
Catatan
- Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.
- Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.
Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.
Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa
1. Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
2. Minum susu segar
3. Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
4. Berhenti minum air rebusan mahkota dewa jika rasa tak tahan.
1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan.
1 pack Hanya RM 30.00/100gm./ Harga termasuk kos penghantaran melalui Poslaju
1 pack hanya RM 30.00
Herba Mahkota dewa 1 Pack RM 30.00
SILA CALL/SMS / WHATSAPP/WE CHAT SAYA DI
012 7489445- NOORZZA
PEMELIAN MELEBIHI 5 PACK PERCUMA 1 PACK
012 7489445- NOORZZA
BERMINAT UNTUK MENJUAL? SILA CALL/SMS / WHATSAPP/WE CHAT SAYA DI
012 7489445- NOORZZA
( HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU)
BUAT PEMBAYARAN SALAH SATU
AKAUN BANK DI BAWAH DAN ISI BORANG
PESANAN
( Sila pastikan pembayaran hanya atas nama
Norazizah Bte Mohamed Salleh )
LANGKAH 1:
Depositkan wang ke dalam salah satu akaun
berikut mengunakan perbankan internet / deposit bank / ATM deposit / ATM Transfer.
Maybank
151100039473
NORAZIZAH BTE MOHAMED SALLEH

ATAU
CIMB
7608397574
NORAZIZAH BTE MOHAMED SALLEH

Anda digalakkan membuat bayaran melalui Maybank2u atau
CimbClicks. Masukkan alamat email kkpctsk@gmail.com
di ruangan email penerima bayaran.
LANGKAH 2:
SMS BUTIRAN BERIKUT KE 012 7489445
Nama Penuh:
Alamat Lengkap:
Kuantiti:
Nama bank:
Tarikh:
Jumlah Bayaran

.jpg)














No comments:
Post a Comment